Tahniah! Penyanyi Tomok bakal timang cahaya mata ketiga

Penyanyi Tomok bakal timang cahaya mata yang ketiga selepas mengumumkan berita gembira di hari jumaat yang penuh barakah ini menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar alat ujian kehamilan milik isterinya.

"Bismillahirahmanirahim..alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga. ayah doakan dibu di permudahkan segalanya...arrian dengan andra nak dapat adik!! yeyyyyyy alhamdulillah..terima kasih ALLAH!!"



Berita gembira yang telah disampaikan itu juga menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan mengucapkan tahniah buat Tomok serta isterinya, Rahayu Abbas.



Beberapa rakan artis juga turut meninggalkan komen mengucapkan tahniah buat Tomok antaranya Alif Satar, Daiyan Trisha, Lisa Surihani dan Fedtri Yahya.

Posting Tomok mendapat hampir 47,000 likes dan ribuan komen daripada netizen.


Tomok dan isterinya telah dikurniakan dua orang yang comel iaitu Arrian Akid dan Andrashah Iman, masing-masing berusia lapan tahun serta lima tahun.

Tahniah buat Tomok dan isteri. Tak sabarnya nak tengok anak baru Tomok, mesti comel macam abang-abang dia!

Sumber Instagram Tomok official

Baca lagi: "Hati-hati yang suka try street food .....", Lelaki ini kongsi pengalaman yang mengejutkan!

0 Comments