Restoran Royale Songket menawarkan hidangan makan malam Buffet 4 in 1. Bufet makan malam yang mewah ini mengetengahkan empat tema utama iaitu BBQ dan Grill, Masakan Itali, Makanan Jepun dan menu Kegemaran Malaysia. Bagi anda yang suka dengan kesemua jenis hidangan ini, ia adalah pilihan yang tepat untuk anda!
Menu utama bufet iaitu BBQ & Grill di gerai ‘Potong dan Hidang’ (carving station), di mana pengunjung dapat
menikmati hidangan seperti Grill Lamb
Cutlet, Beef Steak Ribs, BBQ Chicken dan Mini Pizza. Selain itu, pengunjung boleh juga mencuba menu di gerai
Seafood on Ice yang menghidangkan
Udang Harimau dan Kupang.
Selain itu, pelbagai pilihan pembuka selera yang boleh didapati di kawasan hidangan pembuka selera dan salad bar seperti Salad, Mixed Lettuce, Tomato, Cucumber, Carrot, Caesar Station, Gherkin, Oliver, Kalamata, Sunday Tomato, Boil Eggs, Croutons, Kidney Bean, Corn, Gado – Gado, Tossed Mozzarella Cheese, Tomato & Basil Salad with Olive Oil, 7 Herbs Dressing dan Condiments.
Sajian
bufet ini turut menghidangkan menu kegemaran Malaysia. Antaranya, Satay Ayam,
Ayam Masak Lemak, Dhall Sayur, Nasi Goreng Ayam bersama Sayur & Kacang
Gajus, dan Ikan Goreng Masam & Manis.
Terdapat juga Gerai Jepun yang semestinya menarik minat pencinta makanan
Jepun seperti Sushi, Sashimi, Tempura, Teppanyaki dan Sup Miso. Selain itu, pengunjung
juga dapat menikmati masakan Barat seperti Black
Pepper Steak, Lamb with Rosemary & Garlic, Grilled Seasonal Squid and Mussel yang boleh didapati di Gerai Grill Section Meat & Seafood.
Untuk penggemar masakan Itali, anda boleh cuba beberapa hidangan seperti Spaghetti Bolognaise bersama Cream Sauce dan Mexican Nachos, Arizona Baked Beans, Roasted Potatoes with Capsicum & Cajun Spices,
French Fries, Corn on Cobs, Cheezy Meatball, Arabic Shawarma dan Burger
Mini.
Selepas makan makanan berat, sudah tentu kita perlukan pencuci mulut. Bagi pencuci mulut pula antaranya ialah Coconut Pudding,
Chocolate Panna Cotta, Baked Pineapple & Caramel Tart, Mixed Berry
Financiers, Longan & Honeydew Melon Terrine, Chilled Red Bean & Sago
Soup, Mango – Mandarian Pudding dan banyak lagi!
Secara jujurnya, hidangan yang disajikan sangat berpuas hati terutamanya makanan seafood sangat fresh tau! Tak rugi bagi sesiapa yang nak cuba buffet dinner 4 in 1 ini kalau dah alang-alang singgah di Shah Alam.
Harga buffet 4 in 1 ini bermula RM 95.00+ bagi
seorang dewasa, manakala, RM47.00+ bagi setiap kanak-kanak dari umur 4 tahun
hingga 11 tahun.
Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi hubungi Telepemasaran di talian 03-55111833
sambungan. 2723, 2724, 2606 atau hantarkan email ke telemarketing@bluewavehotels.com. Layari laman web kami www.bluewavehotels.com untuk maklumat lanjut.
2 Comments
sedapnya makan buffet ada seafoods, beef dan macam-macam.
ReplyDeleteAlamak perut saya sudah berbunyi tengok semua makanan yang sedap
ReplyDelete