Tujuh lokasi staycation menarik di Selangor, cantik dan tenang!

Selangor

Bila kita terlalu sibuk dengan hal kerja, mesti rasa nak buat staycation kan? Kalau anda sudah berada di sekitar Selangor, pelbagai tempat staycation menarik yang boleh dipilih dan sudah tentu, pemandangannya juga boleh tahan cantik!



Kalau rasa-rasa tak dapat nak bercuti ke pulau, jangan risau sebab tujuh lokasi ini sudah pasti boleh membuatkan kita rasa sungguh teruja! Cantik dan tenang.

1) The Cabin, Kuala Selangor

The Cabin, Kuala Selangor

Kalau anda berhampiran Kuala Selangor, boleh singgah di The Cabin yang terletak di Jalan Haji Zainal, Jeram. Resort ini menggunakan kabin sebagai bilik penginapan dan ia juga berdekatan dengan Pantai Remis.

2) Sarang by The Brook, Kuala Kubu Bharu

Sarang by The Brook

Sarang by The Brook adalah salah satu tempat penginapan yang dikelilingi hutan yang menghijau. Sudah pasti suasananya sangat nyaman dan tenang. Bagi pendaki Bukit Kutu, korang boleh singgah bermalam di hotel ini kerana jaraknya hanya 10 kilometer sahaja dari Bukit Kutu manakala lima kilometer dari Hot Spring Kuala Kubu Bharu dan stesen kereta api Kuala Kubu Bharu.

3) Rumah Kebun Residence Hulu Langat

Rumah Kebun Residence

Hanya terletak di Hulu Langat, Rumah Kebun Residence yang dipenuhi daun-daun hijau di sekelilingnya ini sesuai kalau korang nak buat aktiviti team building atau family gathering. Tema ala-ala Go green ini semestinya sesuai buat pencinta alam sekitar.

4) Sekinchan Padi Box Homestay, Kuala Selangor

Sekinchan Padi Box



Anda suka lihat pemandangan sawah? Sekinchan Padi Box adalah pilihan terbaik! Dari jauh kita boleh lihat homestay warna-warni ini di tengah-tengah sawah.Uniknya homestay ini apabila anda buka sahaja pintu bilik, terus boleh lihat pemandangan sawah yang menghijau.Tak dinafikan pemandangan sawah yang cantik boleh menenangkan minda. 

5) Nafas Cube, Serdang

Nafas Cube

Nafas Cube juga antara resort yang menggunakan kabin, culvert dan khemah sebagai tempat penginapan. Nafas Cube juga dibina di atas tanah milik Mardi. Resort ini turut menyediakan pemandangan yang cantik buat pengunjung.

6) Farm Villa Cafe & Homestay, Kuala Selangor

Kuala Selangor

Bila dengar sahaja Kuala Selangor, sudah tentu pemandangan sawah mandi sudah bermain-main di kotak fikiran. Farm Villa Cafe & Homestay ini antara hotel moden yang unik menawarkan pemandangan desa dan sawah hijau. Tak rugi kalau nak cuba satu malam kan? 

7) Dash Box Hotel Cyberjaya

Dash Box Cyberjaya

Jika anda berada di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya, Dash Box Hotel boleh dijadikan tempat untuk bermalam selama dua hari satu malam. Rekaan bangunan hotel juga sangat menarik dan cantik!

Sumber gambar: Facebook page RajaCutiMY

1 Comments

  1. ammi baru tgk kat FB semalam. menarik konsep ni. bolehlah ajak ipar duai beriadah kat sini nanti

    ReplyDelete