Tercari-cari menu hidangan minum petang? Jangan risau, donut Bombolini sesuai
dihidangkan untuk minuman petang. Resipi popular Bombolini mudah ini khas buat pembaca!
Bahan-bahan:
25 gram gula
90 ml susu segar suam/air suam
1/2 sudu kecil yis
1 biji telur
240 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil parutan lemon/limau nipis/oren sunquick (mana2 je. Wajib letak)
1/2 sudu kecil garam
50 gram marjerin
Cara-cara:
1) Mula-mula, Satukan yis, gula dan susu dalam mangkuk. Biarkan 10 minit atau sehingga kembang
2) Kemudian, satukan telur, tepung gandum, parutan lemon, garam, majerin dan campuran yis yang telah kembang dalam mixer.
3) Pukul sehingga menjadi elastik dan pastikan ia tidak melekat pada mixer bowl. Jika menggunakan tangan, apabila adunan tersebut seperti ianya lembik ketika uli tangan, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
4) Peram doh selama 2 jam. Selepas 2 jam, tumbuk-tumbuk doh. Kemudian tutup doh dengan plastik dan letakkan dalam chiller peti ais lebih kurang 16 jam.
5) Selepas 16 jam, keluarkan doh dari peti ais dan rehatkan doh sekejap dalam 5 minit.
6) Seterusnya, bulatkan doh secara kecil-kecil lebih kurang 35 gram.
7) Rounding kan doh dengan kemas dan peram lagi doh selama 2 jam.
8)Apabila doh sudah naik 2 kali ganda (lebih kurang 2 jam, boleh la terus goreng)
9) Ketika goreng, elakkan kerap terbalik-balikkannya. Hanya cukup goreng selama 2-3 minit each
side.
10) Pastikan jangan goreng dalam kuantiti yang banyak sekaligus kerana ia akan menganggu suhu minyak panas tersebut dan menyebabkan donut berminyak di bahagian belah dalam. Api goreng juga perlu perlahan sahaja.
11) Apabila donut sudah goreng dan dibiarkan sejuk, sumbat inti mengikut kegemaran masing-masing.
Sumber: Facebook Hayati Husin
Baca lagi: Basque Burnt Cheesecake, sekali makan pasti nak lagi!
1 Comments
sedappnyaa
ReplyDelete