Setiap kejayaan anak-anak adalah daripada sokongan dan dorongan ibu bapa. Ibu bapa antara orang kuat yang membanting tulang empat kerat untuk memastikan anak-anak mereka berjaya mendapatkan pendidikan yang sempurna. Walaupun salah seorang pemegang ijazah ini adalah anak seorang petani, ia bukanlah penghalang buat dirinya untuk berjaya sehingga ke menara gading.
Buktinya, salah seorang jurugambar yang memberi khidmat servis fotografi sempena konvokesyen kepada graduan ini terharu dan sebak apabila mendapat tahu 'cerita sebenar' di sebalik kejayaan graduan berkenaan.
"Berbekalkan rezeki tuhan hasil keluarga berniaga nasi lemak setiap pagi dan membanting tulang empat kerat menuai padi sawah, anak petani settle ijazah. Tersentuh hati saya semalam masa shoot," tulis Apihazmi menerusi twitternya.
Menurut Apihazmi, graduan tersebut adalah salah seorang anak petani dan kejayaannya juga dibantu oleh hasil keluarganya berniaga serta menuai padi sawah.
Kapsyen Twitter yang ditulis Apihazmi menjadi perhatian netizen sekaligus meraih 11,000 retweets dan 18,600 likes. Dia juga tidak melepaskan peluang berkongsi hasil fotografinya di Twitter.
Selain itu, salah seorang graduan juga turut berkongsi kisahnya menerusi ruangan komen di posting Apihazmi.
Kejayaan saya (anak penoreh getah) adalah hasil daripada penat lelah mereka.
Hidup bersederhana takpa, janji bahagia di sisi keluarga.
Tahniah sis, tahniah jurufoto. Terbaik!
Sumber; Twitter Apihazmi
1 Comments
ALHAMDULILLAH, REZEKI KURNIAAN ALLAH.
ReplyDelete