Terasa sesuatu yang tidak kena pada tulang belakang? segera periksa lima tanda ini!

Pernahkah anda mendengar perkataan Skoliosis? Ramai sebenarnya yang jarang dengar perkataan Skoliosis ini atau erti kata lainnya ialah kecacatan tulang belakang. Skoliosis kebiasaannya terjadi apabila tulangg belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. Ia sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

tulang belakang
Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan cara untuk mengesan Skoliosis dengan mudah.

Berdiri di hadapan cermin dan perhatikan lima tanda-tanda kecacatan tulang belakang.

1) Paras bahu yang tida tinggi

2) Sebelah bahu membonjol

3) Sebelah pinggang lebih tinggi

4) Paras punggung yang tidak sama

5) Badan membongkok atau cenderung ke satu arah.

Jika anda mempunyai salah satu tanda di atas, segera dapatkan bantuan dari klinik kesihatan ya!

Sumber; Kementerian Kesihatan Malaysia

2 Comments

  1. sekarang masalah ni sangat common kat dalam masyarakat. risau jugak. semoga semua orang dapat manfaat daripada perkongsian entri ni

    ReplyDelete
  2. Info yg baik terutama utk yg dh berumur

    ReplyDelete