9 Tanda jodoh terbaik untuk wanita

9 Tanda jodoh terbaik untuk wanita

Jodoh, rezeki, ajal dan maut sudah semestinya di tangan Tuhan. Namun, usaha tetap perlu diteruskan dalam mencari jodoh. Takkan nak menunggu sahaja tapi tak ada usaha kan? Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha ibarat yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.

Dalam nak mencari jodoh tu, mesti nak cari yang terbaik dan apakah yang dimaksudkan dengan jodoh terbaik dalam khusus pandangan islam? Jom kita baca info di bawah.

1. Dia berkongsi nilai dan prinsip hidup yang sama dengan anda

Antara perkara yang menggalakkan perhubungan jangka masa panjang, yang kita tahu penting bagi satu-satu perkahwinan, adalah prinsip hidup yang sama.

Apabila kita dan pasangan mempunyai nilai hidup dan pegangan yang serupa, sangat mudah untuk kita berkongsi pendapat tanpa bergaduh dan mudahlah kita menjalani hidup berdua di alam rumah tangga.

2. Anda dapat membayangkan masa depan bersama dengan si dia

Lagi satu tanda dia jodoh terbaik untuk kita seperti yang telah ditulis dalam Luh Mahfuz beribu tahun dahulu adalah anda dapat membayangkan hidup bersama dengan si dia sehingga 60 atau 70 tahun akan datang!

Kalau begitulah anda rasa setiap kali anda memikirkan tentang pasangan anda dan karakter dirinya, sememangnya itu boleh menjadi petanda yang dia jodoh kita.

9 Tanda jodoh terbaik untuk wanita
Gambar hiasan.
3. Dia mudah mesra dengan ahli keluarga anda

Bukan semua orang boleh mesra dengan keluarga kita. Ia memerlukan seorang yg matang dan berfikiran terbuka. Apabila pasangan anda berkunjung ke rumah utk bertemu ibu dan ayah anda, cuba lihat bagaimana dia berinteraksi dengan mereka.

Jika anda lihat semuanya ok sahaja, mereka dapat berbual dengan mesra dan ibu serta ayah anda pun rilek sahaja melayan si dia, haa…itu boleh menjadi lampu hijau untuk anda meneruskan perhubungan kalian berdua.

4. Anda berasa selesa dan gembira apabila berada di sampingnya

Seterusnya, ada lagi satu tanda yang dia jodoh terbaik untuk kita: anda tidak pernah berasa gusar atau tidak selesa ketika bersama dengannya.

Apabila anda keluar dan bertemu dengan pasangan, anda cukup rasa berbunga-bunga dalam hati, dan bukannya berasa rimas. Dia akan selalu membuat anda rasa tenang dan banyak benda yang anda boleh ceritakan ketika bersama.

9 Tanda jodoh terbaik untuk wanita
Gambar hiasan
5. Anda melakukan aktiviti dan minat yang sama

Kalau tiba hujung minggu sahaja, pasti anda tercari-cari aktiviti menarik untuk dilakukan. Ketika ini, anda turut boleh melihat sama ada pasangan anda merupakan jodoh terbaik untuk anda.

Caranya? Cuba lihat, setiap kali anda bercadang utk keluar berjalan-jalan di mall atau melakukan aktiviti lasak di extreme park atau hutan lipur, adakah si dia mudah utk mengikut anda? Kalau dia berkongsi minat atau aktiviti yg sama, itu boleh dijadikan petanda yg dia jodoh kita!

6. Terdapat persefahaman dan kepercayaan yang teguh

Dalam setiap perhubungan, rasa percaya dan kesefahaman yang kukuh amat penting. Kita bukan selalu bersama dengannya. Seharian ketika waktu kerja, anda pasti akan berpisah untuk seketika (yelah, pejabat kita kan berlainan!).

Jika anda percaya akan si dia dan tahu yang dia akan berkelakuan baik walaupun di belakang anda, itu menunjukan yang dia merupakan seorang yang sesuai buat anda.

Gambar hiasan.
7. Dia tidak kedekut dan mengutamakan anda

Tiada yang lebih merimaskan selain mempunyai pasangan yang kedekut umpama haji bakhil! Kalau si dia sering menawarkan diri untuk membayar makan anda berdua (walaupun kadangkala anda menolaknya), maka ketahuilah yg dia mengutamakan anda.

Si dia itu sudi untuk berkongsi rezeki dengan anda dan ia boleh menjadikan satu perhubungan rumah tangga itu harmoni hingga ke akhir hayat. Tetapi, kalau dia mengelak untuk belanja anda makan, fikirlah dalam-dalam sebelum meneruskan perhubungan.

8. Pergaduhan tidak pernah berpanjangan

Tipulah kalau kami kata yang perhubungan yang terbaik itu tidak pernah bergaduh. Sedangkan dengan adik-beradik yang sedarah dengan kita pun boleh bergaduh, apatah lagi dengan orang luar seperti pasangan kita.

Namun, ada satu petunjuk dalam hal ini yang boleh dijadikan sebagai tanda sama ada dia jodoh kita iaitu apabila anda berdua bertengkar, ia tidak pernah lama. Salah seorang pasti akan bertolak ansur dan memulakan proses perdamaian!

9. Anda tidak segan untuk berkongsi masalah dengannya

Anda perasan tak ada sesetengan orang boleh membuatkan kita rasa tidak selesa untuk bercerita dengannya? Mungkin dia sejenis yang suka bercakap tentang hal peribadi kita kepada orang lain.

Sumber: Awantona via Pesona Pengantin

0 Comments