Corn Dog Cheese tarik viral, confirm mudah dan sedap!


Modal RM20 beli mozarella, hotdog saiz kecil dengan serbuk roti, boleh lah dapat 17 cucuk Corn Dog. Jimat sangat-sangat sebab bahan-bahan lain memang dah ada dekat dapur.

Resepi Corn Dog yg simple:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri
(Kalau guna tepung biasa tambah 1 sudu kecil baking powder)
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar gula gastor(gula biasa pun boleh)
3/4 cawan susu segar
1 biji telur gred AA
Hotdog
Mozarella cheese (tak kisah brand apa, saya beli dekat kedai bakeri je)
Serbuk roti (breadcrumb)
Lidi/chopsticks (better chopstick laa)

Resepi ini ngam dapat 17cucuk corndog
Kalau nk lebih boleh la doublekan adunan.

Lepas cucuk cheese dan hot dog tu, bedakkan ia dengan tepung.

Celup adunan dengan salutkan ia serbuk roti. Sila masukkan di dalam freezer selama 10-15minit.

Baru lah start menggoreng dengan api yang sederhana.

Pastikan kuali ngam dengan saiz lidi. Biar semua tenggelam, baru lah masak sekata.

Selamat Mencuba.

Sumbe: Facebook Pn Qiha Fareesya

1 Comments

  1. rupanya senang ja nak buat ni. boleh la cuba. hehe ^_^

    ReplyDelete