Hidangan Hi- Tea meriah pada tahun baru di Hotel Blue Wave, confirm sedap dan menyelerakan!


Tahun 2020 bakal menjelang tiba tak lama lagi. Mesti korang rasa teruja nak sambut tahun baru kan nanti? Apa salahnya kalau sekali-sekala sambut tahun baru dengan menikmati hidangan Hi-Tea Tahun Baru di Restoran Royale Songket, Hotel Blue Wave. Confirm sedap dan puas hati!

Pelbagai hidangan yang disediakan antaranya ialah makanan melayu, makanan barat, makanan laut sehingga ke hidangan pemanis mulut. Menu buffet ini pasti akan buat membangkitkan keceriaan anda.

Bagi tetamu yang teringin nak merasai hidangan buffet daripada Hotel Blue Wave, mereka boleh mencuba hidangan menarik seperti Open Faced Sandwich, Parade of Cold Seafood on Ice, Assorted Cheese Platter, Cold Cut Display, Seasonal Salad Bar & Vegetable Crudités, Caper Salad, Waldorf Baby Potato Salad, Italian Seafood Salad, dan Orzo Pasta Salad bersama Roasted Baby Roma & Basil.


Tumpuan utama menu buffet Hi- Tea ini juga pastinya akan membangkitkan selera anda seperti Nasi Briyani, Kambing Bamia, Kari Ikan, Japanese Tofu with Taukan, Ayam Kukus bersama Sos Soya, Chicken Cordon Bleu, Butter Vegetable, Grill Foot Long Sausage, Mussel Au Gratin dan Piza Satay.

Menu masakan Barat pula antaranya ialah BBQ Prawn Skewer, Beef Wellington with Sauce dan Grill Seabass with Sauce. Manakala, di gerai Live Action, tetamu boleh mencuba Pasta dengan beberapa pilihan sos.

Oh ya! Bagi penggemar makanan laut, anda boleh cuba rasai makanan laut di bahagian Seafood on Ice seperti Crab Stick dan Mussel. Terdapat juga sudut Kid’s Corner yang menghidangkan Chicken Nugget dan Mac n Cheese. Tidak lupa juga pilihan sup pada hari tersebut, Cream of Chicken Chowder Soup dan Cheese Bread Croutons.


Dah selesai makan dengan menu utama, tibanya masa untuk pemanis mulut! Pelbagai pilihan pemanis mulut dan pastri yang disediakan khas oleh kumpulan Pastri hotel. Antaranya ialah Aneka Puding, Aneka Biskut, Christmas Stollen, Kek Buah, Aneka Pastri Perancis, Mufin, Tart, Yule Log, Caramel Popcorn, Chocolate Fountain, Aneka Aiskrim dan Chocolate Soufflé.



Hi-tea Tahun Baharu yang meriah ini diadakan pada 1 Januari 2020 (Rabu) bermula dari jam
12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang. Harganya ialah RM69.00+ bagi setiap orang dewasa.

Manakala, Restoran Royale Songket juga akan mengadakan Makan Malam Ambang Tahun Baharu dengan menawarkan hidangan bertemakan BBQ dan Grill, Masakan Itali, dan menu kegemaran Malaysia. Makan malam Ambang Tahun Baharu ini berharga RM95.00+ setiap orang dewasa dan RM 47.00+ setiap orang kanak-kanak. Ia bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam pada Selasa, 31 Disember 2019.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut ataupun tempahan, blehlah hubungi bahagian
telepemasaran kami melalui 03-55118811 sambungan 2723 atau 2724 atau Whatsapp 019-
2736801 atau 019-2757801. Kesemua harga tertakluk kepada 6% SST.

0 Comments