Teringin nak hias bilik dengan tumbuhan hijau? jom baca tips ini!


Siapa pencinta tumbuh-tumbuhan hijau? Mesti korang teringin nak hias bilik dengan pokok-pokok hidup kan? Boleh je tau sebenarnya tapi make sure korang follow tujuh tips berguna ini supaya bilik nampak teratur dan kemas. Takdelah bilik kita akan jadi terlampau serabut walaupun penuh dengan tumbuhan-tumbuhan hijau kan?

Tujuh tips ini khas untuk anda pilih warna-warna barangan deco yang match dengan pokok anda, jenis-jenis pokok yang mudah dijaga di dalam bilik dan juga tips lain yang berguna!

#Tips 1: Peminat tegar pokok dan tumbuhan hijau

Anda mestilah seorang peminat TEGAR pokok & tumbuhan hijau kerana ianya akan menjadikan anda seorang yang RAJIN untuk menjaga tumbuh-tumbuhan anda!

Kalau malas, sila jangan jaga pokok dan jagalah sugar glider, hamster ke atau jagalah diri anda sahaja dahulu.

#Tips 2: warna yang boleh match dengan tumbuh-tumbuhan


Warna-warna yang anda boleh match dengan tumbuh-tumbuhan anda ialah warna 'Earth Color' seperti warna-warna pastel, hijau, coklat, kuning dan putih.

Jangan gunakan terlalu banyak warna! Maximum hanya 3-4 warna sahaja yang disarankan.

#Tips 3: Guna elemen-elemen seperti kayu


Bagi menaikkan lagi 'mood' pada bilik anda, anda boleh menggunakan elemen-elemen seperti kayu, kertas, tekstil dan rotan pada barangan dekorasi anda

#Tips 4: Guna tanaman yang menapis udara


Anda boleh guna tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di bilik anda. Antaranya:

1. Sirih Gading
2. Aloe Vera
3. Pakis Boston
4. Monstera Deliciosa

#Tips 5: Lidah mertua pun boleh hias dalam bilik!


Antara tanaman lain yang bukan sahaja menjadikan pengudaraan bilik anda sentiasa segar malah juga amat mudah dijaga. Sesuai untuk anda yang mempunyai penyakit sesak nafas.

1. Lidah Mertua
2. Dracaena
3. Spider Plant

#Tips 6: Letak pokok-pokok dekat dengan tingkap


Tumbuhan memerlukan pencahayaan yang mencukupi terutamanya tumbuhan yang berbunga. Letakkan pokok-pokok anda berdekatan dengan tingkap bagi mendapatkan pencahayaan semula jadi.

#Tips 7: Jangan biarkan pokok duduk dalam gelap 


Ada juga pokok hijau yang hampir tidak memerlukan pencahayaan (Zero Sunlight Plant) seperti spider plant, peace lily, snake plant dan banyak lagi. Tetapi disarankan, janganlah biarkan pokok korang duduk dalam gelap je. Sekali sekala bagi matahari sikit okay?

Sumber: Fabellodesign

0 Comments