Rasanya semua perempuan kalau boleh nak dapatkan shape peha & betis yang sedap mata memandang.
Try buat exercise dekat bawah ni setiap hari selama seminggu
Bukan setakat boleh kecikkan peha & betis, perut pun boleh
kecik jugak tau! Jom cuba buat exercise ni, nak tengok peha jadi mengecik ke
idok hehehe.
SKIPPING
Bermain skipping sangat efektif untuk membakar lemak sehingga bermanfaat dalam membentuk paha,betis & perut serta menurunkan berat badan secara keseluruhan.Cukup dengan hanya luangkankan masa selama 20 minit sehari dalam seminggu dan lihat perubahan pada otot peha & betis akan cantik membentuk.
LARIAN SPRINT
Sprint atau lari jarak pendek dapat melatih otot betis dan paha dengan hentakan ketika berlari dengan cepat. Contohnya macam lari pecut. Exercise ini jugak boleh mengecilkan perut buncit dan banyak kalori terbakar.
LARI DI TANGGA
Lari di tangga
tak kisah tangga rumah ke shopping mall ke asalkan tangga atau sesuatu yang menaik. Bagus untuk membentuk otot di betis.
GUNA TREADMILL
Sedikit tips untuk cantikkan peha & betis kalau guna treadmill. Cuma perlu jinjitkan sikit jari kaki untuk lebih focus bagi otot kaki. Berlari dengan kecepatan 9 km / jam selama 30 saat. Buat selama 5-10 minit lepas tu stop kejap lepas tu sambung balik.
Try buat salah satu dekat atas ni setiap hari selama seminggu dan rasakan perbezaan pada peha dan betis.
Sumber: Twitter Detox_glow
1 Comments
Terima kasih kerana berkongsi..
ReplyDelete