Misteri! Bayi dalam kandungan hilang "Semalam adik ada dalam perut ibu, hari ini pergi scan adik dah tak ada"


Pelbagai kejadian mistik sering terjadi di sekeliling kita termasuk kisah misteri kehilangan bayi dalam kandungan juga antara kes yang mengejutkan berlaku kepada golongan ibu di luar sana. Malah, perkara yang tidak diduga sebegini sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada wanita yang bakal bergelar seorang ibu. Pengalaman misteri kehilangan bayi dalam kandungan isterinya telah dilalui oleh lelaki ini dan diikongsi olehnya di laman Facebook.

Menurut lelaki yang dikenali dengan nama Ikhmal ini, kandungan isterinya yang sudah berusia 3 bulan dan cukup sifat itu telah lenyap dengan sekelip mata pada hari pertama memeriksa kandungan isteri

Sebelum kejadian misteri tersebut berlaku, pada malam Ahad Ikhmal dengan secara tidak sengaja terlanggar seekor musang.

"Minggu lepas, hari ahad malam dalam pukul 9, masa balik dari Paka, ada seekor musang langgar kereta aku, aku dok sempat nak mengelak, terus gilis, bile aku pusing balik sebab nak tegok musang itu hidup ke mati, tapi musang tu dah tak ada dari tempat tu. Pelik pun ada time tu.

"Bila sampai rumah terus cerita dekat wife yang aku ni tergilis musang.

Gambar Hiasan.
"Dan hari keesokkan itu (isnin) pergi klinik nak buat buku pregnant, tapi pulang dengan kecewa sebab doktor bagitahu baby dah tak ada.

"Okey kami cube positifkan benda ini mungkin tak nampak lagi kot, masa tu kami tak tahu pun benda ni berkait dengan musang aku langgar tu.

"Then ada lah kakak kepada member wife aku bagitahu yang isteri aku sekarang (minggu lepas) memang mengandung, tapi ada sesuatu yang sorok baby tu.

"Sebab itu bila scan dekat klinik, baby tak nampak kemudian member wife aku suruh jumpa orang yang pakar dalam mistik ini.

"So semalam (jumaat), aku balik rumah mak mertua, kebetulan join rombongan member tunang so, kakak member wife aku memerhati wife aku. Tiba-tiba dia sebak dan sedih sebab dia tengok baby tu ada lagi, cume benda tu still sorok baby tu.

"So malam tadi, kakak member wife aku tu, call wife aku dan dia suruh wife aku tanya "ada langgar apa-apa tak? " (akak member aku boleh rasa yang aku ini ada langgar sesuatu)

"Dia kata kalau ada, pergi rumah dia malam ni, so aku dengan wife aku pergi lah dengan perasaan berdebar kan..

"Aku cerita lah dari A-Z yang aku ni ada langgar musang dan diorang terkejut.. diorang terus rasa terkejut dan bagitahu yang aku langgar tu bukan musang, tetapi ia sesuatu makhluk yang menyerupai musang.

"Kemungkinan benda yang selindung baby dalam kandungan wife aku tu lah dia tengah nazak sebb aku langgar dia dan dia tuntut balik nyawa anak aku sebagai penganti.

Ini aku ada cerita serba sedikit apa yang berlaku dan harap menjadi pengajaran dari kisah tersebut dan untuk bakal-bakal jadi ibu bapa esok-esok.

Sumber: Facebook m.ikhmal bin mohd

1 Comments

  1. Saya berasa sangat hairan kejadian ini boleh berlaku

    ReplyDelete