Sukar untuk tidur? Selesaikan masalah tidur anda dengan tips berguna ini!

insomnia, susah nak tidur, masalah tidur

Setiap manusia perlukan waktu tidur yang mencukupi supaya hari esoknya, badan dan minda kita akan menjadi cergas serta aktif. Kalau tak cukup tidur, confirm badan akan terasa letih dan penat. Nak buat sebarang aktiviti harian pun mesti akan terganggu, kan? Kalau anda mempunyai masalah seperti tidur yang tidak pernah cukup, sentiasa bingung (groggy) ketika waktu pagi, tiada waktu tidur yang tetap atau susah nak tidur, tips yang dikongsi oleh pemuda ini mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah tidur anda.

Ini adalah benda-benda yang saya belajar tentang tidur dan ianya dapat memberi impak kepada cara saya mendapatkan tidur yang efisyen terutamanya selepas mempunyai anak-anak kecil.

Lihat tip-tips yang telah disenaraikan ini.

1) 1.5 Hour rule

Kalau tak boleh tidur 6-8 jam, ikut 1.5 hour rule.

Secara ringkasnya kita akan lalui 4 fasa tidur, dan fasa terakhir ialah deep sleep. Nak sampai 4 fasa ni memakan masa 90 minit. Habis 90 minit, kita akan masuk fasa seterusnya dan ulang 4 fasa ini balik.

Kita jadi groggy (bingung) kalau tak dapat deep sleep dan kalau kita terjaga waktu sleep cycle kita tak habis lagi. Jadi kalau tidur sejam, sleep cycle anda akan terganggu dan akan rasa tak puas tidur.

Jadi, tidurlah sama ada 1.5, 3, 4.5, atau 6 jam. Tidur 1.5 jam lebih baik daripada tidur 2 jam, dan tidur 4.5 jam lebih baik dari tidur 5.5 jam. Ia akan memastikan sleep cycle anda cukup dan tak mengalami groggy apabila bangun daripada tidur.

2. Rutin tidur

Rutin tidur akan menganggu hormon tidur untuk berfungsi. Masalahnya kita ni selalu tidur takda ada rutin memandangkan selalu tidur pada bila-bila masa.

Cuba anda set sebelum tidur untuk solat sunat, basuh muka, minum teh, baca quran, doa tidur atau apa-apa sahaja rutin yg anda akan ulang-ulang.

Apabila anda buat satu per satu rutin,anda akan trigger badan, "weh, masa untuk tidur dah sampai. Segala melatonin silalah bersiap siaga" maka  bila tutup mata, badan anda akan ready untuk shut down.


3) Kopi.

insomnia, susah nak tidur, masalah tidur
Ok ini sleep hack yang saya belajar waktu student dulu. Kalau nak tidur sebentar (Nap), cuba try minum kopi sejurus sebelum tidur.

Kopi akan makan masa 15 minit untuk kick. Jadi kalau nak tidur, sekejap dalam 15 minit dan selepas bangun, anda akan terus segar gila. Cubalah!

Tapi jangan cuba ni utk tidur malam. Hanya untuk tidur sekejap ya.

4) Pemakanan untuk tidur

Ada beberapa perkara yang boleh trigger badan kita untuk tidur. Susu panas contohnya boleh galakkan Melatonin. Selain tu anda boleh cuba makanan-makanan yang boleh tenangkan diri. Teh herba (tanpa kafein) pun bagus.Saya lebih suka mint atau lavender untuk relaxation.

5) SHUT DOWN

Untuk memudahkan anda tidur, pastikan shut down semua jenis lampu, semua jenis elektronik yang mengeluarkan lampu.

Sebelum tidur tak perlu layan netflix, youtube etc. Tutup segala screen dan shut down betul-betul. Semua itu akan peningkan badan sebab dia expect tak ada stimulus sebelum tidur.

6) White noise

insomnia, susah nak tidur, masalah tidur

White noise adalah bunyi latar yang block bunyi-bunyi lain. Contohnya bunyi kipas atau bunyi air hujan. Kalau perasan, bila kita tidur waktu hujan memang best. White noise akan bagi kita rasa tenang dan tenteram. 

White noise terbaik ialah bacaan zikir dan quran.

Zaman sekarang ni ada white noise dekat youtube. Kita boleh search je white noise dan ada banyak jenis. Bunyi-bunyi ini akan buat kita tenggelamkan bunyi-bunyi yang akan menganggu tidur kita seperti bunyi kucing, bunyi alarm kereta jiran dan sebagainya.

7) Insomnia

Okay kadang-kadang kita mmg tak boleh tidur untuk alasan lain. Selain masalah-masalah kesihatan yang membuatkan anda berjumpa doktor, make sure kalau tak boleh tidur, then pastikan rehat daripada stimuli.

So kalau lah dah 15 minit tak tidur-tidur jugak, anggap itu adalah masa untuk baring bebas dari stimuli handphone, tv dan sebagainya. So guna masa itu untuk tenangkan diri, zikir, tarik nafas dalam-dalam. Tak tidur pun takpe, janji rehat.

Walaupun tak boleh tidur, sekurang-kurangnya anda akan rasa bertenaga selepas buat macam tu. Tapi kebiasaannya anda pasti akan tertidur juga sebab dah relax.

Sumber: Twitter myusri_j

1 Comments

  1. Menarik :)

    btw jemput join ye
    https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html

    ReplyDelete