Khasiat air barli mampu menghilangkan masalah sembelit

Amalan minuman air barli menghilangkan masalah sembelit, petua hilangkan sembelit,

Apabila tibanya musim perayaan Aidilfitri, pelbagai jenis juadah yang terhidang di depan mata. Memang takkan ditolak lah kan kalau kita sendiri dah nampak rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang dan lain-lain. Yelah sekali setahun je dapat merasa hidangan raya ni...

Setiap kali hari raya, confirm korang pergi beraya rumah saudara-mara dan menjamah segala makanan yang tuan rumah dah sediakan. Kalau tak jamah nanti terasa pulak tuan rumah.... Tapi part paling tak best bila dah habis makan, perut dah mula meragam lepas makan kan? Lebih-lebih lagi bila part kena sembelit tu, adoi memang tak keruan dibuatnya!

Amalan minuman air Barli menghilangkan masalah sembelit


Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit, amalan minuman air barli antara petua terbaik untuk melawaskan bahan buangan dalam badan. Barli mempunyai serat semulajadi yang baik untuk penjagaan perut. Perut kita ni haruslah sentiasa dijaga dan berhati-hati dengan segala jenis makanan yang kita makan.

Air Barli menurunkan paras kolesterol dalam darah


Selain amalan minuman air barli menghilangkan masalah sembelit, barli juga boleh menurunkan paras kolesterol dalam darah. Serat yang terdapat dalam barli cukup berkesan dalam menurunkan kolesterol dalam darah dan memgelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perus serta usus.

Kalau korang nak tahu, Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.

Air Barli mencegah risiko penyakit barah dan jantung

Kandungan Tokotrienol dan tokoferol yang ada pada Barli adalah tinggi serta merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi untuk membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Selain khasiat barli yang mampu merendahkan kadar kolesterol dalam darah, ia juga mampu mencegah daripada penyakit kardiovaskular yang boleh mengakibatkan dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak.

Air Barli meningkatkan sistem pertahanan badan

Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium yang memainkan peranan di dalam sistem pertahanan badan kita. Beras barli juga mempunyai beta-glucan yang sedia ada bagi mengaktifkan sistem imunisasi badan. 

Banyak rupanya khasiat air barli kan... Kalau rasa perut sembelit sebab banyak makan juadah raya, boleh lah prepare air barli sebab amalan minuman air barli mampu menghilangkan masalah sembelit tau. Selamat mencuba!

Sumber: bukanaku

0 Comments