Cara buat Sos Black Pepper Viral, senangnya!


Cara buat Sos Black Pepper Viral

Bila dah selalu makan juadah raya sejak beberapa hari ini, tekak ni tiba-tiba rasa nak makan makanan western pulak. Nak singgah makan di restoran macam tak berani lagi memandangkan sekarang masih ada lagi virus Covid di merata-rata tempat. Maka, terpaksa lah buat makanan western sendiri...

Chicken chop bersama sos black pepper antara makanan western yang sangat simple untuk dibuat. Senang aje nak dibuat cuma nak dapatkan sos black pepper yang betul-betul power memang susah. Tapi alhamdulillah, nasib baik ada seorang cikgu berkongsi cara buat sos black pepper viral yang dah ramai share di facebook baru-baru ini. Rupanya mudah aje cara buat sos black pepper viral dan langsung tak muak. Jom kita cuba cara buat sos black pepper viral ini.

Cara buat Sos Black Pepper Viral


1) Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.

Cara buat Sos Black Pepper Viral

2) Masukkan 1 tin sos spageti keju. Pilih yang botol kuning seperti dalam gambar ye. Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap) dan tambahkan air suam 1 tin.

3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese (Optional), kalau ada lagi sedap.

4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis.

Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. *jangan guna kicap masin.

5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam yang telah dikisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula
(Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat) dan kkacau sebati.

6. Tutup api setelah semua rasa sebati.

Okay maka siaplah Sos Black Pepper Viral ya... Lepas ni boleh lah cuba buat di rumah kalau tak berani nak makan western di luar macam sis hehe.

Sumber: Facebook Afy Al Habibi

0 Comments