Hiasan ruang tamu simple ala Bohemian, guna dried plants je!


Dekorasi ala-ala Bohemian antara menjadi kesukaan ramai bagi menghiasi ruangan bilik atau rumah mereka. Untuk menambah lagi seri pada dekorasi ala-ala Bohemian, kegunaan dried plants amat penting di segenap ruangan. Pelbagai jenis dried plants yang boleh dihiasi antaranya Baby breath yang cukup popular ketika ini dan mudah untuk dicari.

Selain Baby Breath, ada lagi banyak jenis Dried plants tau. Menarik dan lawa sangat kalau nak hias rumah atau bilik korang. Yang penting, pemilihan bunga tu kena sesuai okay!

Hiasan Ruang Tamu Simple, boleh guna 10 jenis Dried Plants ini


1) Dried Plants - Pampas grass


Ini antara dried plants yang paling famous. Pampas Grass ni banyak colour sebenarnya. Ada warna putih dan mempunyai banyak tone coklat nude. Kebiasaannya ramai yang akan org akan gabungkan warna light beige dengan warna nude.

2) Dried Plants - Bunny Tails


Okay untuk Bunny Tails ni, banyak jugak warnanya. Paling cantik colour orangish sikit. Ni sejenis tumbuhan yang sensitif ye. Korang kena hati-hati takut luruh pulak haha senang cerita Bunny Tails ni antara dried plants yang jenis sensitif dan elakkan untuk usiknya secara kuat.

3) Dried Plants - Dried palm leaves 


Dried plants jenis Dried Palm Leaves ni kalau korang perasan, ramai yang tanam pokok ni especially dekat kawasan perumahan baru. Kalau boleh cuba ambil dan jemur, confirm lepastu colour akan jadi brown cantik macam ini.

4) Dried Plants - Daisy dried


Ni cute gila, simple tapi cantik. Sebenarnya lagi lama korang “keringkan” lagi lain bentuk dia berubah. Lama atau kejap, semua akan bertukar jadi cantik tau.

5) Dried Plants - Dried Lotus Pods 


Cantik tu memang cantik tapi bila tengok lama-lama macam geli pulak sikit hehe..

6) Dried Plants - Bleached Ruscus and Bleached Palm Frond Bunch


Sangat lawa bila kita letak atas permukaan kayu yang berwarna putih atau coklat.

7) Dried Plants - Wheat dried 


Simple tetapi padat. Brown heart ini pun sejenis sensitif jugak. Daun dia cepat luruh jadi kena berhati-hati bila pegang okay.

8) Dried Plants - Poppy bunch dried and Bully Buttons Sparkles



Kalau perasan dekat kedai perhiasan atau kedai yang menjual barang perkahwinan mesti ada dried plants yang dijual jenis macam ini.

9) Dried Plants - Curly willow branches & tree branches


Letak atas dinner table dan tepi sofa pun cantik. Yang kecil tu boleh je kalau nak letak tepi side table.

10) Dried Plants - Baby Breath Flower dried 


Baby breath antara dried plants yang paling senang dapat dan paling murah. Banyak jugak wedding dekat Malaysia guna dried plants yang macam ini. Beli yang fresh dan biar je nanti lama-lama dia jadi kering sendiri hehe

Cantiknya 10 jenis dried plants ni, dah boleh serbu kedai nak deko rumah sebelum raya menjelang hehe :p

Sumber: Twitter SyaifulNazreen

0 Comments