Resepi Biskut Semperit Red Velvet Sedap



Biskut Semperit antara biskut raya yang wajib ada di atas meja setiap kali menjelang hari raya. Kalau tak ada biskut Semperit ni, confirm tetamu kita tercari-cari biskut ni. Yelah sekali setahun je dapat merasa biskut Semperit ni. Biasanya ramai yang akan buat biskut Semperit tapi apa kata untuk raya kali ni, kita buat satu kelainan iaitu membuat Biskut Semperit Red Velvet Sedap. Luar biasa kan? Hehe...

Kebiasaannya kita selalu dengar resipi kek Red Velvet, tapi kali ini jom cuba resipi biskut Semperit Red Velvet Sedap yang bakal menjadi kesukaan ramai ini.

Biskut Semperit Red Velvet Sedap


Bahan-bahan untuk Biskut Semperit Red Velvet:


250 Gram Buttercup
1/2 cawan Susu Pekat
2 sudu besar Pewarna Merah
1 sudu besar Cuka Makan
3 cawan Tepung Jagung (ayak)
2 sudu besar Tepung Kastad
1 sudu besar Serbuk Koko

Cara-cara membuat Biskut Semperit Red Velvet


1. Gaul sebati buttercup dengan susu pekat. Kemudian masukkan pewarna dan cuka.

2. Masukkan tepung kastad dan serbuk koko. Gaul sebati. Jangan pukul. Gaul lembut je.

3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli. Kalau adunan masih lembik boleh tambah tepung jagung hingga doh tak melekat di jari bila digentel, dah boleh terap. Jangan sampai doh terlalu keras. Pastikan masih lembut bila ditekan.

4. Bakar 160 darjah 30 minit, atau sehingga kuih masak sekata sampai bahagian dalam.

Tips:

* Patahkan semperit, kalau bahagian doh tgh masih lembab masuk balik dalam oven, turunkan suhu 140 darjah dan set lagi 5 minit. Semperit yang masak sepenuhnya akan rasa ringan bila diangkat

*Boleh juga gantikan cuka, serbuk koko dan pewarna merah dengan 2 sudu besar red velvet Emulco

Selamat mencuba

Sumber : Nadira Baharudin

Kalau korang nak follow resipi Semperit Red Velvet dalam versi video, boleh lah korang tengok video Resipi Semperit Red Velvet by Sesedap Resipi.

0 Comments