Resipi Kek Milo Viral 3 bahan, mudah sangat!

Resipi Kek Milo Viral 3 bahan, mudah sangat!

Minuman coklat Milo sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak. Sebut sahaja Milo, mesti dah terlintas dalam fikiran membayangkan kesejukan air Milo yang sedap ini tatkala dapat minum di waktu panas. Tapi pernah tak korang terfikir untuk membuat Kek Milo? Mesti nak cuba kan....

Serbuk Milo bukan sahaja air yang boleh dibuat malah kek Milo pun dah boleh buat tau. Korang hanya perlukan 3 bahan sahaja, sangat mudah! Resipi Kek Milo 3 bahan oleh Noriza Awang Hamat ini telah dikongsikan di bawah.

Resipi Kek Milo 3 Bahan, Mudah Sangat!

Bahan- bahan Kek Milo 3 Bahan

2 Cawan Milo
4 Biji Telur
2 Sudu Besar Susu Pekat

Cara-cara membuat Kek Milo 3 Bahan

Semua bahan-bahan di atas perlu dikisar dan kemudian kukus selama satu jam. 

P/s: Ramai yang tanya, pelu ke tutup masa kek dikukus.. Yer, Cik Za tutup dengan penutup mangkuk kaca supaya air tidak menitik di atas adunan. Disebabkan air menitik lah kek tak jadi menaik dan bantat.

Sumber: Noriza Awang Hamat

Kalau korang nak tengok video resipi Kek Milo Viral 3 Bahan, boleh tengok video resipi by Who's Cookin' di bawah:


0 Comments