Lagi beberapa hari dah nak raya ni, boleh lah korang cuba resipi Kuih Siput Ranggup dan Berempah ni. Semoga menjadi lah ye Kuih Siput Ranggup dan Berempah korang hehe...
Resipi Kuih Siput Ranggup dan Berempah
Bahan-bahan Resipi Kuih Siput Ranggup dan Berempah
1 KG Tepung Gandum
Cili Kering (Sukatan ikut pedas masing-masing)
2 Sudu Makan Rempah Daging
1 Sudu Makan Jintan Manis dan Jintan Putih (Campur dan tumbuk)
1 Cawan Santan (Jangan terlalu pekat)
1 Cawan Marjerin (Dicairkan)
1 Biji Telur
Garam secukup rasa
Daun Kari secukupnya
Cara-cara membuat Resipi Kuih Siput Ranggup dan Berempah
1) Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. (Jika perlu, tambahkan air sedikit sahaja dan rehatkan sekejap)
2) Kemudian dah boleh cubit dan tekan pada acuan.
3) Tetapi kalau ingin menggunakan cara yang senang, hanya perlu guntingkan sahaja. Rasanya tetap sama walaupun bentuknya berbeza.
4) Kemudian boleh digoreng menggunakan api yang sederhana sahaja dan tidak terlalu kuat.
Kalau tak ada kuih Siput, memang rasa kureng jeeee. So, cepat-cepatlah buat Kuih Siput Ranggup dan Berempah ni, simple sangat resipinya!
Sumber: Marliza Ghazali
Resipi Kuih Siput Ranggup boleh tengok dalam versi video di bawah:
Resipi Kuih Siput Ranggup boleh tengok dalam versi video di bawah:
Artikel lain: Resipi mudah Biscoff Cheesecake, tak perlu bakar!
1 Comments
sedap makan kuih siput ni tapi nak gentel tu yg jemu nak buat..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDelete