Resipi mudah Lotus Biscoff Cheesecake, tak perlu bakar!


Resipi mudah Biscoff Cheesecake telah menjadi perhatian ramai ketika ini setelah viral di laman media sosial. Dengan resipinya yang cukup mudah dan tak perlu dibakar, lagi ramai yang teringin nak mencuba resipi viral ini.

Memandangkan sekarang ni ramai yang dalam mood nak membuat kek dan kuih raya, boleh lah korang cuba resipi mudah Biscoff Cheesecake ini untuk dijadikan pemanis mulut pada hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Korang boleh lah cuba follow resipi mudah Biscoff Cheesecake oleh salah seorang pengguna Facebook, Liya Banks ini. 

Resipi Mudah Lotus Biscoff Cheesecake

Loyang 8 inci ( tapak longgar so that boleh tolak cake tu )
Parchment paper potong ikut tapak

Bahan-bahan Resipi Lotus Biscoff Cheesecake

Base

125 gram Butter unsalted
15-20 keping Biscuit Lotus Biscoff

Cream cheese filling

400 gram Cream cheese
125 ml Whipping cream
2 Tsp Icing sugar
1 Tsp Vanilla essence
2 Tbs Lotus biscoff spread

Topping

190 gram Lotus Biscoff spread
Biscuits Lotus Biscoff ( hancurkan untuk topping atas )

Cara-cara membuat Lotus Biscoff Cheesecake

Base untuk  Lotus Biscoff Cheesecake

Hancurkan biscuits lotus itu (masuk ke dalam plastic, ketuk sehingga hancur semi-fine ya menggunakan lesung batu), kemudian masukkan ke dalam bowl dan letak tepi.

Cairkan butter di dalam pan dan masukkan biskut yang sudah hancur itu ke dalam butter yang sudah cair tadi. 

Gaulkan sekali dan masukkan ke dalam loyang yang sudah berlapik dengan parchment paper. Tekan biskut itu sehingga betul-betul padat untuk pastikan base kuat.

Kemudian masukkan ke dalam freezer untuk sejam atau sejam setengah atau sampai ianya menjadi keras.. Sementara tunggu ia menjadi keras, kita buat cream cheese filling.

Cream Cheese Filling untuk Lotus Biscoff Cheesecake

Pukul cream cheese sehingga kembang.. dan masukkan esen vanila, icing sugar & biscoff spread. Pukul lagi sehingga sebati dan letak tepi.

Seterusnya, pukul whipping cream sampai kembang dan satukan dengan cream cheese tadi dan gaulkan sehingga sebati.

Cairkan lotus biscoff spread ( 190 gram ) dan pastikan api sentiasa kecil,sentiasa kacau. Basically cairkan aje. Dah cair kemudian letak tepi dan biarkan sejuk sedikit.

Selepas base dah keras selepas disejukkan di dalam freezer, korang bawa keluar daripada freezer dan tuang cream cheese filling di atas base tersebut serta ratakan dengan cermat. Selepas dah ratakan, masuk ke dalam freezer bahagian bawah je. Sejukkan dalam 3 hingga 4 jam.

Selepas 3 jam disejukkan, keluarkan daripada fridge dan tuang biscoff spread yang dah cair itu ke atas cream cheese.

Sekatakan lapisan biscoff itu dan masuk semula ke dalam freezer untuk 1-2 jam lagi.

Kemudian bawa keluar dan taburkan lebihan biskut yang kita sudah hancurkan awal-awal tadi. Taburkan ia bergantung pada cara masing-masing sama ada mahu penuh, separuh atau mana-mana pun boleh.. 

Dan kalau ada biscuit itu, letak di bahagian tengah cake sebagai hiasan.

Resipi mudah Biscoff Cheesecake ni nampak sedap je, boleh lah korang cuba di rumah. Kalau nak tengok dalam video version from Youtube pun boleh, klik je video di bawah.



Sumber: Facebook Liya Banks

0 Comments