Resipi Popia Carbonara simple dan confirm sedap!


Sejak akhir-akhir ini, ramai yang teringin nak makan Popia Carbonara. Dengar je Carbonara mesti rasa susah nak buat kan? Tapi sebenarnya resipi Popia Carbonara ni simple sangat! Rugi kalau korang tak cuba. Sekali sekala buat apa salahnya kan, boleh jugak jadikan ia sebagai salah satu juadah untuk berbuka puasa...

Resipi Popia Carbonara simple dan sedap ni korang boleh follow dalam entri ni okay. Percayalah semudah ABC je. Tak payahlah nak beli lagi lepas ni, boleh buat sendiri aje.

Resipi Popia Carbonara Simple dan Confirm Sedap

Bahan-bahan inti Popia Carbonara Simple

2 biji Bawang Putih
3 biji Bawang Merah
1 paket isi Ketam
1 tin Cendawan 
1 cawan Ayam
1/2 Carrot
1 botol sos Prego Carbonara atau 2 tin sos prego (lagi sedap berbanding dalam botol)
Garam/gula/perasa
1 sudu makan Minyak Masak

Cara-cara untuk membuat Popia Carbonara Simple

Bahan-bahan di atas perlu dipotong secara dadu.

Tumis bawang putih, bawang merah dengan 1 sudu minyak masak je. Kemudian masukkan isi ayam, sos prego, isi ketam, cendawan dan carrot. 

Perasakan garam, gula dan perasa. Seterusnya masak sehingga ia pekat. Setelah masak dan pekat, sejukkan ia dalam peti ais sebentar dan barulah mula menggulung. 

Ambil popia dan letakkan inti tapi jangan letak terlalu banyak, kemudian gulungkan. Selepas itu gamkan ia dengan cara guna bancuhan tepung gandum + sedikit air di hujung popia supaya popia tadi melekat.

Akhir sekali, goreng ke dalam minyak yang panas tapi api mesti slow ya.. baru cantik bila goreng tu.

Sedapnya kalau dapat makan Popia Carbonara yang panas-panas kan, boleh lah try resipi di atas ya. Resipi Popia Carbonara simple dan sedap!

Kalau korang nak tengok video resipi Popia Carbonara, video dekat bawah ni pun boleh ikut resipinya.



Sumber: Facebook Ida Zaida

Artikel lain: Corn Dog Cheese tarik viral, confirm mudah dan sedap!

1 Comments