Tips mudah bersihkan oven kotor guna lima bahan sahaja


Setiap kali menjelang perayaan Aidilfitri, oven antara barang elektronik yang kerap diguna untuk membuat pelbagai resipi kuih raya dan kek. Bila dah selalu guna oven, confirm oven kita kotor dan berkerak hitam kan? Pernah tak korang terfikir tips mudah bersihkan oven kotor? Jeng jeng jeng~

Jangan bimbang okay gais, sebenarnya memang ada cara yang mudah untuk bersihkan oven tanpa disental tau! Tips mudah bersihkan oven kotor guna lima bahan ini korang boleh follow di bawah alang-alang dah selesai tugas membuat kuih-kuih raya.

Tips mudah bersihkan oven kotor guna lima bahan sahaja

Berikut lima tips mudah bersihkan oven kotor guna lima bahan:

1. Air


Kegunaan air antara tips mudah bersihkan oven kotor. Caranya dengan meletakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven kemudian dipasangkan suhu pada kadar yang tinggi selama 20 minit. Proses begini bertujuan untuk menanggalkan kerak yang ada pada permukaan oven.

Apabila sudah mula menyejuk/suam, pastikan lap permukaan dalaman dengan tisu dapur/kain pengelap yang bersih. Senntiasa lakukan cara ini apabila setiap kali anda selesai menggunakan oven supaya mudah dibersihkan.

2. Cuka


Ambil satu liter air dan campurkan bersama lapan sudu cuka. Celup kain dalam air bercampur cuka tadi dan lap oven. Korang biarkan selama 15 minit.  Kemudian bilas dengan air bersih. Kesan hitam confirm akan hilang!

Kegunaan cuka mudah untuk bersihkan kotoran pada oven kotor dan sifat asidnya juga turut menjadi pelindung anti kulat tau.

3. Soda Bikarbonat


Alang-alang dah ada soda bikarbonat dekat rumah tu, boleh lah korang ambil soda bikarbonat dan campurkan sedikit cuka. Apabila kedua-dua bahan itu telah dicampurkan, biarkan ia menjadi pes terlebih dahulu. Kemudian, barulah sapukan pes tersebut pada permukaan oven kotor.

Dan biarkan selama 1 hingga 12 jam. Orang kata lagi lama dibiarkan, lagi berkesan bergantung kepada kotoran yang ada pada oven itu. Akhir sekali, lapkan dan bilas.

4. Lemon / Limau Nipis


Boleh menggunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan campuran soda bikarbonat dengan cuka. Sifat asid yang ada pada buah lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi malah memberi bauan segar pada oven. Perahan lemon atau limau nipis boleh dicampurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.

Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven.


5. Spray Cuka


Kalau masih tertinggal lagi sedikit kesan kotoran, masukkan cuka bersama sedikit titisan lemon kalau ada ke dalam botol spray. Semburkan pada kesan yang kotor itu. Biarkan seketika dan lap.

Demikian tips mudah bersihkan oven kotor guna lima bahan sahaja yang boleh anda lakukan. Kalau nak lebih faham, boleh rujuk video di bawah okay.



0 Comments