4 langkah pencegahan Covid-19 ketika bercuti




"Alhamdulillah, kita dah boleh rentas negeri lah bermula 10 jun ni. Dah gian sangat ni nak pergi bercuti, jom jom jommmm!"

Wabak penularan Covid-19 telah melanda seluruh negara termasuklah Malaysia. Secara umumnya, Covid-19 dikenali sebagai virus yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Virus yang sudah pasti sukar untuk dilihat ini telah membuatkan kita semua sentiasa berhati-hati dan menjaga kebersihan di mana jua berada. Tak kisah lah ke mana saja kita pergi, hand sanitizer dan face mask antara barang yang wajib dibawa bersama. Kan?

Baru-baru ini juga, kerajaan sendiri dah umumkan kebenaran untuk merentas negeri, maka sudah tentu berpusu-pusu lah ramai pulang ke kampung halaman masing-masing dan tak terkecuali, ada juga yang plan nak pergi bercuti. Pusat penginapan pun bakal beroperasi tidak lama lagi, seronok lah kome ye... 

Tetapi.... jangan terlalu gembira tau. Korang wajib tahu langkah pencegahan Covid-19 ini untuk mencegah virus yang kita sendiri tak tahu keberadaannya. Orang kata sediakan payung dulu sebelum hujan ye.

Dengan perasaan excited nak bercuti tu, korang boleh lah follow 4 langkah pencegahan Covid-19 ketika bercuti di setiap destinasi yang ingin dituju. Dengan amalan pencegahan Covid-19 ni, insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja okay!

4 Langkah Pencegahan Covid-19 Ketika Bercuti


Berikut adalah 4 Langkah Pencegahan Covid-19 ketika bercuti:


1) Hanya pilih hotel yang mematuhi SOP

Hotel antara tumpuan ramai ketika bercuti kerana ia adalah tempat istirehat sementara buat pelancong tempatan dan luar negara. Setiap kali korang plan nak bercuti, pastikan hotel yang korang bakal menginap itu mematuhi SOP pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Hotel kan tempat kita nak tidur dan beristirehat, jadi SOP di tempat penginapan atau hotel sudah tentu wajib ada okay!

4 langkah pencegahan Covid-19 ketika bercuti

2) Sediakan cecair disinfeksi/bawa spray disinfeksi

Cecair disinfeksi/spray disinfeksi senang aje nak dapat di supermarket. Sebelum bercuti, pastikan korang beli satu botol di supermarket yang berhampiran. Contoh jenama cecair disinfeksi yang senang dapat ialah jenama Dettol. Harga pun berpatutan je, tak terlalu mahal pun.

3) Semburkan di tombol pintu, tandas, katil dan permukaan yang sering disentuh

Setiap kali korang check in hotel/bilik penginapan, cecair disinfeksi itu disemburkan di setiap permukaan yang sering disentuh antaranya tombol pintu, tandas dan katil. Ini antara langkah pencegahan covid-19 ketika bercuti yang korang wajib lakukan tau.

4) Buka tingkap dan pintu untuk beberapa minit untuk pengudaraan dan pencahayaan.

Pastikan tingkap dan pintu dibuka untuk beberapa minit supaya memberi ruang kepada pengudaraan dan pencahayaan. Jangan pulak bila dah sampai hotel/bilik penginapan, terus pintu dengan tingkap ditutup rapat. Bagi chance lah bilik 'bernafas' sekejap hehehe..

Jangan lupa untuk follow 4 langkah pencegahan Covid-19 ketika bercuti lebih-lebih lagi bila dah sampai hotel/bilik penginapan korang okay! 


0 Comments