Cara simpan bahan mentah agar tahan lama, selamat dimakan!


"Aik peliknya, kenapa perut ni rasa memulas je semacam... Baru je lepas makan ayam dengan daging tadi. Takkan lah ayam daging tadi tu dah tak elok??????"

Pernah tak korang lalui situasi yang sebegitu? Mesti pernah kan sekali. Kebiasaannya lepas kita beli bahan-bahan mentah dekat pasar, mesti terus sumbat masuk dalam peti ais kan.... Bila dah masuk dua tiga minggu, mula lah rasa bahan mentah macam kurang fresh walaupun kita sendiri dah letak dalam peti ais. Seperti yang ramai tahu, fungsi peti ais adalah untuk menyimpan dan memelihara makanan yang cepat rosak.

Tapi... janganlah korang main sumbat je bahan mentah tanpa menyimpannya dengan betul. Ya memang betul peti ais boleh simpan bahan mentah supaya tidak cepat rosak namun pentingnya untuk kita semua tahu cara penyimpanan bahan mentah yang betul supaya makanan lebih menjadi sedap dan selamat dimakan. So, tak ada lah sakit perut lagi lepas ni...

Cara Simpan Bahan Mentah Agar Tahan Lama


Bahan mentah dicuci dengan bersih

Kalau korang nak simpan bahan mentah dalam peti ais, pastikan bahan mentah tersebut dicuci dengan bersih. Bersih-bersih tau.. Oh ya, untuk daging korang tak perlu cuci tau sebelum masukkannya ke dalam peti ais. Nak guna nanti baru cuci bersih.

Bahan mentah perlu disimpan dalam bekas kedap udara

Apabila sudah selesai dicuci dengan bersih, potong dan simpan dalam bekas kedap udara mengikut catuan sekali masak. Contohnya, kalau nak masak untuk empat kali maksudnya empat bekas kedap udara yang mengandungi bahan mentah. 

Korang boleh agak berapa banyak ayam, udang atau daging yang akan diguna setiap kali masak. Nak masak nanti cuma tinggal keluarkan bekas sahaja, mudah kan? Tak perlu nak mencari-cari lagi dalam peti ais tu.

Cara betul untuk defrost bahan mentah

Okay kali ini kita tengok cara yang betul untuk defrost bahan mentah pula. Pertama sekali, letak bahan mentah tadi dekat bawah air yang mengalir.


Kemudian pindahkan bahan mentah tadi ke petis ais dan korang biarkan selama semalaman. Boleh juga guna fungsi defrost dekat microwave.

Sebagai peringatan, bakteria suka membiak dekat ais yang belum cair sepenuhnya. Korang kena defrost makanan tadi guna cara yang betul tau.

Selamat mencuba.

Sumber: Twitter Mioskitchen_official

1 Comments

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! menarik ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete