Namun, tak ramai tahu mengenai asal-usul Kek Batik ini. Kek Batik ini adalah resipi warisan turun temurun nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Sejarahnya bermula dari zaman jajahan dahulu apabila sebuah markas Tentera British mempunyai seorang tukang masak wanita melayu yang cukup handal memmasak.
Tukang masak wanita berkenaan telah membuat satu jamuan petang untuk
orang-orang British dengan menyediakan hidangan Kek Batik. Dia sendiri
menggambungkan resipi kek arwah ibunya dengan makanan daripada British iaitu
Biksut Marie dan akhirnya, terhasil lah nama Kek Batik yang diberi oleh
orang-orang British kerana coraknya yang seperti batik itu.
Malah, di zaman serba moden ini juga resipi bagi Kek Batik telah dimodenkan
dengan resipi baharu iaitu Kek Batik Indulgence yang kini menjadi popular. Kek
Batik Indulgence pun dah ramai jual tau, dengan pelbagai jenis harga. Kalau
korang nak buat Kek Batik Indulgence sendiri pun boleh. Dengan toping coklat
Cadbury, confirm sedap gila!
Resepi Kek Batik Indulgence toping Cadbury.
Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara membuat Kek Batik Indulgence toping
Cadbury.
Ada tiga jenis lapisan untuk Kek Batik Indulgence toping Cadbury:
1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury
Bahan-Bahan bagi Kek Batik:
4 telur
200 gram buttercup/marjerin
300 gram biskut merry
3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam
Cara-caranya:
Panaskan buttercup sehingga cair, kemudian masukkan semua bahan kecuali
biskut. Untuk telur, masukkan ia sambil gaul dan pastikan gaul sehingga
pekat.
Apabila agak-agak sudah pekat, tutup api dan baru masukkan biskut supaya rasa
crunchy dan tidak lemau.
Gaulkan dan isi ke dalam bekas. Jangan lupa untuk mampatkan dan isi ke dalam
peti sejuk selama 40 minit.
Untuk Cheese cream pula, bahan-bahannya ialah:
120 gram Whipping Cream
Setengah sudu Esen Vanila
250 gram Cream Cheese
Cara-caranya:
Masukkan bahan-bahan di atas kecuali Whipping Cream.
Pukul sehingga rata dan baru masukkan Whipping Cream.
Kemudian, tuang di atas kek batik tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Biarkan sejuk selama sejam.
Bahan-bahan untuk Toping Cadbury:
120 gram Whipping Cream
3 bar coklat Cadbury (Kalau nak masukkan coklat masakan pun boleh. Tetapi letak dalam 4 atau 5 kiub
sahaja coklat cadbury itu supaya tidak terlalu manis) P/s: Beza tau kiub
dengan bar. Bar coklat tu satu baris coklat cadbury, kiub ni satu petak coklat
cadbury ya, jangan tertukar tau!
Cara-caranya:
Search Results
Web resu
Double boil kesemua bahan-bahan di atas dan tuang atas cream cheese
tadi. Akhir sekali, tinggalkan semalaman atau 12 jam dan sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Muhammad Ali
1 Comments
IONQQ**COM
ReplyDeleteagen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217 :-* (f)