Resipi Kek Marble Gebu dan Sedap



Kek Marble kini menjadi pilihan ramai dengan coraknya yang begitu memikat hati. Bila nampak aje Kek Marble ni, pasti kita dah terbayang kek nya yang cukup gebu. Memang gebu sangat-sangat! Kek Marble ni banyak aje dijual di kedai pastri/kek namun tak salah untuk korang cuba buat Kek Marble yang gebu dan sedap ni kan? Hehehe....

Dengan bahan-bahannya yang cukup simple, confirm korang boleh buat Kek Marble sendiri. Bahan-bahan pun senang nak dapat, tak perlu pening-pening nak cari barang untuk buat Kek Marble yeay!

Okay jom kita follow resipi Kek Marble Gebu dan Sedap ini.

Resipi Kek Marble Gebu dan Sedap


Bahan-bahan membuat Resipi Kek Marble gebu dan sedap:


3 biji telur*
½ cawan gula*
1 sudu besar ovalete*
1 sk esen vanilla*
¾ cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
¼ cawan susu cair*
Secubit garam*
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar serbuk koko

Cara-cara membuat Resipi Kek Marble Gebu dan Sedap

1) Campurkan kesemua bahan-bahan bertanda* sehingga putih gebu. Kemudian matikan mixer sebentar dan masukkan minyak masak. Gaul sehingga rata. 

2) Bahagikan adunan menjadi dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal. Seterusnya tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 5atau 6 yang telah disapu dengan butter atau dilapik dengan baking paper secara selang seli sehingga habis.

3) Kemudian bakar selama 35 hingga 40 minit dengan suhu 170°c atau 180°c, api atas bawah atau bergantung kepada oven masing-masing.

Selamat Mencuba :)

Senang bukan? jadi, boleh lah korang try buat Kek Marble bila ada waktu lapang okay! Senang dan tak renyah nak buat hehehe...

0 Comments